Ustaz Hafiz ketuai Pemuda PAS Pulau Pinang 2007-2009.

Beliau menang dengan meraih 51 undi mengenepikan Ustaz Yusni Mat Piah dan Helmi Harun.

Jawatan Ketua Pemuda kosong berikutan Azizi Ayob telah melebihi had umur pemuda pada sesi ini.

Timbalan Ketua Pemuda Negeri diamanahkan kepada Ustaz Yusni Mat Piah manakala Naib Ketua disandang oleh Helmi Harun yang sebelum ini menjawat jawatan Setiausaha.

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang juga mencatat sejarah sebagai negeri pertama mengendalikan proses pengundian dengan menggunakan e-undi di Malaysia.

Pengerusi pemilihan, Zulkifli Mohd Akhir semasa membaca mereka yang terpilih turut menyenaraikan sepuluh nama lagi sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang sessi 2007-2009.

Mereka ialah Mohd Zamadi Omar, Mohd Noor Harun, Osman Jaafar, Azarizal Ahmad, Kamarul Zaman Abdullah, Nor Azman Ishak, Ustaz Zakaria Hamzah, Ustaz Mohd Fauzi Yusuf, Ahmad Rashdan Mohd Noor dan Mohd Hafiz Kasim.

Sebelum itu, jawatan Pengerusi Tetap dimenangi oleh Azizi Ayub manakala timbalannya dijawat oleh Anuar Abdul Hamid.

Pemeriksa kira-kira sesi ini diamanahkan kepada Zamri Darus dan Nor Halim Mohd Zin.

Sementara itu, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Azizi Ayub dalam ucapan terakhirnya berpesan kepada saf pemuda agar merealisasikan gerakan kepada masyarakat seperti menganjurkan kelas tambahan kepada pelajar sekolah terutamanya pembelajaran yang membabitkan bahasa Inggeris.

Katanya lagi, memandangkan PAS sudah berjaya menengahkan pendidikan awal Islam menerusi PASTI namun apa yang lebih penting ialah pendekatan terhala yang secara langsung memberi kesan pada perjuangan PAS di masa depan.

"Kita telah menunjukkan kesungguhan di PASTI dan kini di Sekolah Rendah Badrul Ulum (SRIBU) dan harapan saya pemuda harus ke hadapan seperti memberi 'servis' terbaik kepada masyarakat umpamanya kelas tambahan kepada pelajar di serata tempat," ujarnya. - mks.

Konten komunitas ada dibawah CC-BY-SA atau ada pernyataan lain.